Andai lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya
segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna
dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang
perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat
anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia
tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia
tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap
kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya
mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang
boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi
dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia
akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan
pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup
anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda
Kali ni berbaloi ke Melaka !
1 day ago
0 comments:
Post a Comment