BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, December 13, 2009

Tergamaknya Hatimu

Tergamak kau lukakan hatiku dan anak-anak dengan cara menjijikkan... tidak kusangka kau berbuat sedemikian rupa....

Dimulutmu kau kata sayang tp dihatimu hanyalah kebencian tuk diriku... Mangapa kau berbuat begitu.. tidak takutkah engkau dengan ALLAH.... Yang Maha Esa melihat segala apa yang kau buat... Sesungguhnya imanmu terlalu lemah utk melawan hasutan syaitan dan nafsu.....bertaubatlah seblum terlambat...

Izinkanlah aku pergi dr hidupmu.. lupakanlah segala kenangan kita bersama. kita berada di laluan berlainan.. selama 9tahun jalan yg kita lalui secara seiringan.. tapi kini kita sudah sampai di persimpangan....akan ku bawa anak-anak bersama laluan ku dan kau pula dengan laluan yg kau pilih....

Maafkan aku.. tidak akan ku toleh kebelakang lagi... akan ku harungi hidup ini dengan hati yang tabah.. demi anak-anakku.. merekalah nyawaku...

Mulai saat dan ketika ini... akan ku lupa segala kenangan kita bersama.. kau punah segala impianku... kau insan tiada peri kemanusiaan.. kau lupa anak-anakmu sewaktu kau sedang enak dilamunan nafsu syaitan... dimana letaknya statusmu sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anakku.. kau sunguh kejam... terlalu kejam... sekuat mana kau simpan kecurangan mu itu.. tetap aku ketahui.. kerana Yang Maha Esa dan Maha Pengasih dan Penyayang amat meyayangi ku.... Kau mencintaiku bukan kerana Allah.. Tapi kerana nafsu.... kerana itulah engkau mudah tersungkur bila di goda dangan perempuan bergelar JANDA.....

Bertaubatlah seblum terlambat... ku izin kau pergi bersamanya demi menebus dosa besarmu... biarlah hatiku terluka aku terpaksa merelakannya.... Mudahan Allah kuatkan hatiku untuk menempuh hidup yg bakal mendatang...

HANYA SATU KU PINTA..... IZINKAN KU PERGI.....



0 comments: