BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Wednesday, March 14, 2012

10 Sebab Tidak Di Galakkan Pilih Suami Orang

SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DGN KAMU
Seorang lelaki yg tidak bahagia dlm rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dgn kehadiran kamu apatah lg dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yg mungkin tidak dperolehi dr istrinya sendri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan spt komitmen trhadap masa dpn kamu. Tapi, percayalah itu hanya kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu shj!

SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnye yg x jujur trhdp istrinya sndri sudha cukup utk dijadikan bukti jelas kpd kamu sikap sebenar si dia yg x jujur. Dia sanggup mncri hiburan d luar rumah apabila mndapati ada masalah atau pkr yg tidak memuaskan hatinya d rumah, tanpa cuba utk mngatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu mnjd punca sbnar si dia menipu kpd isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mngulangi sikap menipu ini trhdp kamu apabila kamu berdua mnghadapi masalah dlm prhubungan kamu kelak.

HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakn ssebuah perhubungan itu sememangnya suatu pkr yg meletihkan. Melibatkan diri di dlm prhubungan sulit spt ini akan membuatkan kamu kehilangan kenyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dlm pelbagai aspek perhubungan yg indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duan dgn bebas & bangga. Ini kerana kamu akn sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dn bimbang. Takut org lain trlihat kamu brdua-duan lalu mngadu kpd istri si dia. Mati kamu kena serang!!!

LELAKI LEBIH BERUNTUNG 
Apa yg di maksudkan disini, dia dianggap lebih brtuah dlm masa yg sama ttp mmpunyai sebuah keluarga yg akan ttp menyayanginya. Sebaliknya dlm diam kamu pula yg mengalami 'kerugian' kerana trpaksa brkongsi kasih dgn keluarganya yg sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis2 formal kerana sudah pasti dia akan mmbawa istrinya. Kamu hanyalah sbagi teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mncari hiburan jk ada masalah d rumah sj! kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih drpd empat.

MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA??? 
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dgn seorang lelaki yg tidak jujur & tidak hormat kpd istrinya? Dengan perhubungan secara sulit dgn kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah utk dipkat dn dperlakukan sewenag-wenangnye. Jk dia benar2 menyayangi dn jujur dgn istrinya, sudah pasti dia sanggup berterus terang. Alasan utk tidak melukai istrinya bukannya alasan yg kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati istrinya di saat dia menjalinkan hubungan dgn wanita lain!!!!

 SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jgn trkejut!!! Walaupun dia yg jatuh cinta pd kamu & menarik minat kamu, di dlm hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah trhadap wanita spt kamu yg mudah terpedaya dgn kata-kata lelaki sptnya. Siapa tau, mungkin pd awalnya dia skdar "test market" sj. Tak sangka pula kamu benar2 trpikat. Lelaki pula, mana yg sanggup menolak tuahkan? Dlm keadaan spt inilah yg selalunya akan timbul soal dipermainkan.

PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORG LAIN
Ingat!!! sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dgn mnjalinkan hubungan dgn suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendri. Bayangkan jk hak kamu diganggu atau cuba di rampas oleh org lain? Sebaliknya ada pula yg sanggup brkomplot dgn si lelaki utk menipu istrinya. Ingat, jk hari ini kamu mengambil hak org lain, x mustahil org lain pula akn mengambil hak kamu suatu hari nnti! Renungkan!!!

KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata2 manis pd kamu ttp masih tidak menamatkn prhubungannya dgn istrinya & pd masa yg sama masih tidak memulakan perhubungan yg sah dgn kamu. Inilah yg dikatakan sebagai "Action that speak louder that works" (pandai ckp tp buatnya tidak!!!)

BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebykan org x kira sama ada wanita tau lelaki mmpunyai sikap sukar utk brtanggungjawab trhadp keputusan dn tindakan yg mereka lakukan secara trburu-buru. Manusia lebih mudah utk mncari kesalahan org lain drpd menanggung malu. Jk perbuatan si dia di ketahui oleh istrinya atau saudara-mara, jgn trkejut jk dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu trpaksa menanggung segala drita..Haiiii Kasih ke mana, syg kemana. Tinggal kamu seorang mendrita!!!!

MASA ITU EMAS! KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dgn lelaki yg telah brkahwin boleh brlanjutan selama bberapa tahun. Sedar x sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua bru kamu sedar yg kamu trjerat & x boleh melarikan diri lg. Jk boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yg patut kamu lakukan. terasa begitu lama kamu mempersiakan zamn muda kamu mnjalinkan hubungan yg TAK BRMAKNA!!

Renung-renungkan lah sejauh mana kebenaran tersebut...
Di jadikan panduan..KHAS BUAT WANITA...

"Artikel ini di ambil dr "http://www.tentangcinta.com/"..di kreditkan 100% khas buat "tentang cinta"  
    

 

0 comments: