BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, February 16, 2012

PENAWAR UTK PENYAKIT BENGKAK HATI

sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik blogs : http://seorang-yong.blogspot.com/2011/04/penawar-untuk-penyakit-bengkak-hati.html kerna telah menemukan sy antara penawar utk penyakit Bengkak Hati..

Buat En M Faris Abd Rahman, cubalah rawatan ini, mudahan pa akan sihat dan bertambah pulih dari penyakit ni...Ma doakan kesihatan pa...

Untuk mengatasi masalah bengkak hati ni, sila ke kedai tabib cina, dan belilah serbuk mutiara. Serbuk mutiara amat mujarab untuk masalah bengkak hati ni, dalam masa 3-6 hari bengkak itu boleh kembali normal kepada saiz hati yang asal.

Cuma masalahnya, er...kalau ada doktor yang tanya...tengok la dulu muka doktor tu kalau awak rasa dia jenis tak mahu percaya dengan ubatan tradisional, jangan bagitau...karang free je kena marah. Coz ada doktor jenis tak boleh terima kalau kita buat rawatan sendiri kat luar or jumpa bomoh ke apa ke.
Kalau doktor tu jenis yang boleh menerima hakikat kehidupan yang zaman dulu kala ramai manusia boleh survive dengan perubatan herba tradisional hingga la melahirkan generasi sekarang dan termasuklah doktor tu sendiri. Boleh la share this information.

Mesti nak tahu harga serbuk mutiara tu kan? bunyi serbuk mutiara grenti la mahal kan..mutiara tu... Tapi mahalnya serbuk mutiara tu takdelah jejak sampai 100 ringgit untuk sekali makan. harga dia tak pun sampai 50 ringgit or 20 ringgit. Harga serbuk mutiara cuma RM 5 je untuk sekali makan, kalau beli kat kedai tabib selalunya dia dah packing dalam bentuk sekali makan RM5. Jadi selamatkan lah nyawa orang yang mengalami bengkak hati ini. Harga murah je pun. Untuk menjadikan hati kembali normal cuma perlu berhabis RM15-RM30 je untuk 3-6 hari makan serbuk mutiara tu.

Cara untuk makan ialah makan macam tu sahaja, tak perlu wat gaya pelik or nak minum dengan air suam ke apa. Apa-apa air pun boleh. Cuma untuk bayi or kanak-kanak, silalah letak dalam susu botol mereka, mudah sikit kan.

In conclusion, untuk rawat penyakit bengkak hati: beli serbuk mutiara di kedai tabib cina. Harga RM5 ringgit saja untuk sekali makan. Kena makan dalam 3-6kali sahaja.(Kalau surut amat lambat, tambah tempoh makan serbuk mutiara ni). Makan cara biasa saja.

Pssstt....selain tu kan,sebenarnya serbuk mutiara ni pun boleh mencantikkan kulit tau. Ni la amalan masyarakat cina untuk mendapatkan kulit yang cantik. Masa bayi lagi sudah diberikan dengan sebuk mutiara. Kalau tak percaya serbuk mutiara ni boleh mencantikkan kulit, pergi la ke pasaraya dan tengok kandungan bahan kosmetik, ada yang mengunakan serbuk mutiara ni. Serbuk mutiara boleh memutih dan melicin kan kulit tau, kulit lebih berseri dan cantik macam mutiara. Bukan gigi saja tersusun putih cantik bak mutiara

0 comments: